Hadiah Templeton

Hadiah Templeton ialah sebuah hadiah tahunan yang disampaikan oleh Yayasan Templeton. Ditubuhkan pada 1972, hadiah itu dianugerahkan kepada orang hidup yang, dalam perkiraan juri, "telah membuat sumbangam menakjubkan dalam memperkuatkan dimensi kehidupan rohani, samada melalui pencerahan, penemuan, atau karya praktikal".[1] Hadiah itu dinamakan sempena Sir John Templeton (1912–2008), seorang usahawan England kelahiran Amerika, yang diangkat sebagai kesatria oleh Ratu Elizabeth II pada 1987 atas usaha kedermawanannya.[2] Sehingga 2001, nama hadiah itu ialah "Hadiah Templeton untuk Kemajuan dalam Agama", dan dari 2002 sampai 2008, ia dinamakan semula sebagai "Hadiah Templeton untuk Kemajuan Terhadap Penyelidikan atau Penemuan mengenai Realiti Rohani".[3][4] Hadiah itu biasanya disampaikan oleh Putera Philip dalam sebuah upacara di Istana Buckingham.[5][6][7]Nilai wang dari hadiah itu disetarakan dengan Hadiah Nobel, kerana Templeton merasa "kerohanian dihiraukan" dalam Hadiah Nobel.[8] Sejumlah £1,200,000, pada 2015,[9] hadiah itu merupakan anugerah kewanganntahunan tunggal terbesar kedua (setelah Hadiah Fizik Fundamental) yang diberikan kepada seorang individu oleh sebuah pertubuhan dermawan.[10][11] Hadiah itu diaugerahkan "berdasarkan kepada keputusan panel juri dari pelbagai disiplin akademik dan tradisi keagamaan".[12] Hindu, Kristian, Yahudi, Buddha, Muslim dan ateis ada pada panel juri tersebut dan menjadi para penerima dari hadiah tersebut.[13]Hadiah itu pernah dikritik: pakar biologi Inggeris Richard Dawkins berkata dalam bukunya The God Delusion bahawa hadiah itu biasanya diberikan "kepada seorang ilmuwan yang siap mengatakan sesuatu yang menyenangkan tentang agama".[14] Sean M. Carroll, seorang pakar penyelidikan di Jabatan Fizik Institut Teknologi California, mengkritik para rakan seperjuangannya kerana mengambil hadiah penyelidikan Templeton semasa mereka tidak menyokong keyakinan Templeton.[15] Martinus J. G. Veltman, penerima Hadiah Nobel dalam Fizik 1999, berpendapat bahawa hadiah itu "merapatkan jurang antara intipati dan bukan intipati".[16]Penerima pertama hadiah tersebut, pada 1973, ialah Ibu Teresa, enam tahun sebelum beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel. Beliau dipetik oleh Yayasan Templeton "atas usaha luar biasanya untuk membantu kanak-kanak yang tiada tempat tinggal dan terlantar di Calcutta," karya yang "menginspirasi jutaan orang di seluruh dunia".[17]

Hadiah Templeton

Penghargaan Sumbangan menakjubkan dalam memperkuatkan dimensi kehidupan rohani, apakah melalui pencerahan, penemuan, atau karya praktikal
Disampaikan oleh Yayasan Templeton
Laman web rasmi www.templetonprize.org
Negara Amerika Syarikat
Anugerah pertama 1973

Rujukan

WikiPedia: Hadiah Templeton http://www.usyd.edu.au/senate/committees/advisoryB... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/350399/C... http://www.businessweek.com/magazine/content/05_48... http://www2.canada.com/ottawacitizen/news/story.ht... http://www.economist.com/obituary/displaystory.cfm... http://abcnews.go.com/Technology/wireStory?id=1330... http://foundationcenter.org/pnd/news/story.jhtml?i... http://www.fundamentalphysicsprize.org/rules http://www.templetonprize.org http://www.templetonprize.org/